Sebahagian calon konstabel PDRM bukan bumipuetra terpilih menjalani eksesais ujian fizikal di Kompleks Logistik PDRM Alor Akar, Kuantan baru-baru ini.

KUANTAN – Seramai 53 orang calon konstabel polis bukan bumiputera terpilih dalam eksesais ujian fizikal pengambilan di Kompleks Logistik PDRM Alor Akar di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, calon hendaklah melepasi tiga fasa dalam temuduga pengambilan anggota.

Terdahulu, pengambilan anggota daripada masyarakat Orang Asli di Temerloh dekat sini dua minggu lalu.

“Tiga fasa yang perlu dilalui ialah ujian fizikal, ujian sistem pemprofilan rekrut dan fasa terakhir melibatkan temuduga lisan.

“Di Pahang,, hanya dua peratus daripada bukan anggota melibatkan bukan bumiputera menganggotai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Jelas Mohd Yusri, orang ramai yang minat menceburi bidang kepolisan diminta jangan melepaskan peluang untuk membuat permohonan secara atas talian.

Tambahnya, pihak PDRM sentiasa mengharapkan penglibatan semua kaum dalam menjadi pasukan keselamatan negara.

“Jangan lepaskan peluang kerana syarat bagi calon bukan bumiputera telah dilonggarkan untuk memohon jawatan konstabel.

“Mereka yang berminat yang berusia dari 18 hingga 28 tahun boleh layari portal ePengambilan PDRM dan sesi temuduga dijalankan di seluruh negara,” katanya.

Sehingga tahun lalu, sebanyak 7, 144 permohonan daripada golongan bukan bumiputera di mana 124 daripadanya telah menerima lantikan jawatan. – MalaysiaGazette