Mark Zuckerberg. foto Business Today

NEW YORK – Kekayaan peribadi Mark Zuckerberg susut melebihi AS$6 bilion dalam beberapa jam, sekali gus menjatuhkan kedudukannya dalam senarai orang terkaya di dunia selepas Facebook mengalami gangguan.

Saham syarikat media sosial gergasi itu menjunam 4.9%, menambah kejatuhan kira-kira 15% sejak pertengahan September lalu.

Penurunan saham itu menjadikan nilai kekayaan Zuckerberg menyusut menjadi AS$ 121.6 bilion, meletakkan beliau pada kedudukan kelima di bawah Bill Gates dalam senarai Bloomberg Billionaires Index.

Zuckerberg mengalami kerugian hampir AS$140 bilion dalam beberapa minggu, menurut indeks tersebut.

Pada 13 September, Wall Street Journal mula menerbitkan berita berdasarkan cache dokumen dalaman, yang mendedahkan bahawa Facebook mengetahui tentang pelbagai masalah dengan produknya – seperti bahaya Instagram terhadap kesihatan mental gadis remaja dan salah maklumat mengenai rusuhan Capitol 6 Januari.

Laporan tersebut telah menarik perhatian kerajaan dan pemberi maklumat kemudian mendedahkan dirinya.

Sebagai tindak balas, Facebook telah menjelaskan masalah yang dihadapi produknya, termasuk polarisasi politik, adalah kompleks dan tidak disebabkan oleh teknologi sahaja. – Bloomberg