Dewan Rakyat Members of Parliament MP Speaker The government has agreed to advise Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah to hold the Third Term of 14th Parliament Sitting for five days from 26 until 29 July
Sidang khas Parlimen mengenai RUU Anti Lompat Parti bermula hari ini.

KUALA LUMPUR – Hari terakhir sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini akan membabitkan tiga kementerian selain lima portfolio di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tiga kementerian itu ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Belia dan Sukan.

Lima portfolio di bawah JPM pula ialah Parlimen dan Undang-Undang, Ekonomi, Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Tugas-Tugas Khas dan Hal Ehwal Agama.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada permulaan persidangan Dewan Rakyat hari ini akan menyentuh isu berkaitan butiran proses perolehan kit ujian kendiri untuk sekolah termasuk kosnya yang dibangkitkan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) kepada Menteri Pendidikan.

Selain itu, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) pula meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah keseluruhan projek perumahan terbengkalai mengikut pecahan negeri hingga 2021 dan punca ia berlaku serta penyelesaiannya.

Turut dibangkitkan pada sesi itu, soal penangguhan penguatkuasaan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan penjualan arak di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina bermula 1 Oktober 2021, yang diajukan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pula bertanya kepada Menteri Dalam Negeri mengenai keberkesanan usaha bagi membendung sindiket jenayah pemalsuan kad pengenalan dan usaha untuk memperbaharui kad pengenalan dengan ciri-ciri keselamatan lebih canggih.

Persoalan berhubung penetapan harga siling kit ujian kendiri COVID-19 dan tindakan terhadap penjualan alat pulse oximeter palsu di pasaran akan dibangkitkan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober ini. – MalaysiaGazette