Rodzi Md. Saad

KUALA LUMPUR – Dua lokaliti di Sabah dan Pahang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 25 September lalu ditamatkan esok seperti dijadualkan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti tersebut adalah Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah dan Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang.

“Keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai situasi semasa lokaliti terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Rodzi, setakat ini tiada lokaliti baharu yang akan dikenakan PKPD.

Selain itu, katanya, tiada juga kawasan PKPD yang akan dilanjutkan. – MalaysiaGazette