KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Elyana tidak memberi keizinan kepada mana-mana ejen insurans menggunakan gambar dan videonya untuk kepentingan perniagaan sendiri.

Dalam satu perkongsian di Instagram, penyanyi berkenaan menganggap perbuatan sedemikian seperti tidak memiliki perasaan dan mengambil kesempatan.

“Kepada semua agent-agent insuran yang mengambil kesempatan atas kesulitan saya, dengan menggunakan setiap video dan gambar saya tanpa meminta izin.

“Saya tidak izinkan sama sekali. Anda semua seperti tiada perasaan,” tulisnya.

Kini, pelantun lagu ‘Niat’ itu sedang mendapatkan rawatan di hospital bagi penyakit kanser limfoma yang dihidapinya.

Baru-baru ini, beliau turut mendedahkan bahawa penglihatannya semakin kabur.

Katanya, beliau menanggung kos rawatan yang tinggi iaitu RM250,000 bagi lima kali rawatan sepanjang proses kemoterapi. – MalaysiaGazette