Rodzi Md. Saad

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bambangan di Telupid, Sabah ditamatkan esok.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu dikenakan PKPD pada 27 September lalu.

“Selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi di kawasan berkenaan, MKN memutuskan untuk tidak melanjut PKPD di situ,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambahnyaa, tiada sebarang pelaksanaan PKPD dan pelanjutan PKPD di mana-mana lokaliti di negara hari ini.

Bagaimanapun, orang ramai diminta untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, katanya. – MalaysiaGazette