Perkembangan harian Covid-19 di dalam negara hari ini terus menunjukkan penurunan apabila setakat 24 jam lalu hanya merekodkan sebanyak 7,373 kes. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perkembangan harian Covid-19 di dalam negara hari ini terus menunjukkan penurunan apabila setakat 24 jam lalu hanya merekodkan sebanyak 7,373 kes.

Manakala kes sembuh juga secara konsisten menunjukkan peningkatan berbanding kes harian hari ini apabila sebanyak 10,959 dilaporkan dalam tempoh yang sama.

Angka itu sekaligus menjadikan kumulatif kes sembuh setakat ini sebanyak 2,195,669 kes atau 93.8 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Daripada 7,373 kes baharu hari ini dengan kumulatif 2,339,594 sebanyak 7, 371 merupakan tempatan dan selebihnya 380  adalah bukan warganegara dan dua kes import dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 762 manakala memerlukan bantuan pernafasan adalah 410.

Tambah Dr. Noor Hisham, daripada 7,373 kes harian yang dilaporkan pada hari ini juga sebanyak 133 atau 1.8 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 7,240 kes atau 98.2 peratus lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kadar kluster Covid-19 hari ini pula terus merudum apabila hanya merekodkan satu angka iaitu lapan sahaja telah dikenalpasti.

Justeru, katanya, sebanyak 4,778 kluster telah ditamatkan sementara 810 lagi dilaporkan masih aktif

“Mengikut pecahan lapan kluster itu membabitkan kes berjumlah 107 kes manakala daripada lapan kluster itu, lima kluster adalah kategori komuniti, masing-masing satu kluster kerja, kluster kegamaan dan kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Empat kluster komuniti iaitu Kampung Gertak Kechupu,Jalan Tali Air Kuala Lemal, Kampung Jejulok dan Taman Kenerek Jaya telah dikesan di daerah Kota Bharu dan Pasir Mas, Kelantan manakala satu lagi kluster komuniti Kampung Londang dikenalpasti di Maran, Pahang,” katanya.

Satu kluster kerja iaitu dan 13 Kluster Industri Baling telah dikenalpasti di Baling dan Kuala Muda, Kedah.

Dalam pada itu, katanya, kluster keagamaan Jalan Bunga Cempaka dan kluster Kumpulan Berisiko Tinggi, Jalan Seroja Muar pula masing-masing dikesan di Kota Tinggi dan Muar Johor-MalaysiaGazette