Orang awam menunggu untuk menaiki bas pulang ke kampung selepas mendapat kebenaran merentas negeri dari balai polis berikutan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penutupan penuh bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Satu sidang media khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan diadakan jam 3 petang ini.

Sidang media itu dijangka berkaitan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri berikutan hampir 90 peratus penduduk dewasa di negara ni telah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Artikel berkaitan:

Populasi dewasa lengkap divaksin kini 89.7 peratus

Jika dihitung kadar peningkatan peratusan lengkap vaksin yang kini 89.7 peratus, kebenaran rentas negeri mungkin akan mula dilaksanakan pada Selasa.

Bagaimanapun orang ramai disyaratkan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan Covid-19 bukan sahaja ketika merentas negeri malah dalam menjalani kehidupan seharian dengan norma baharu. – MalaysiaGazette