resignation resign Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. Perikatan Nasional PN majority support Muhyiddin face mask MP Members of Parliament MPs
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Semua ahli-ahli Parlimen dibenarkan untuk membuka pelitup muka ketika berbahas.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu dibolehkan selepas tidak ada sebarang kes positif Covid-19 dilaporkan sepanjang persidangan yang bermula sejak 16 hari lalu.

“Saya ingin maklumkan sepanjang persidangan kita kali ini alhamdulillah dengan ujian-ujian antigen dan PCR yang dijalankan tidak seorang pun yang didapati positif dari pekarangan Parlimen.

“Berdasarkan Penilaian risiko sebegitu maka Kementerian Kesihatan Malaysia berpandangan bahawa pelitup muka ketika perbahasan di dalam Dewan Rakyat dibenarkan dibuka semasa perbahasan,” katanya.

Bagaimanapun Azhar memberitahu, ahli-ahli Parlimen perlu memakai semula pelitup muka dengan kadar segara selepas menghabiskan perbahasan. – MalaysiaGazette