Friday, May 10, 2024
Home Nasional Belum ada keputusan hapus faedah terakru

Belum ada keputusan hapus faedah terakru

Anggota Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa, yang juga anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini.
Yamani Hafez Musa
KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum membuat keputusan khusus mengenai permintaan beberapa pihak agar dihapuskan faedah terakru terhadap peminjam yang terkesan.
Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, ini kerana penghapusan faedah terakru itu akan memberi kesan terhadap kewangan sektor terbabit, serta pemegang saham mereka hasil perbincangan awal dengan institusi perbankan.
“Satu rumusan akan diusahakan dan akan diumumkan kelak. Perlu saya sebut kerajaan sentiasa prihatin dan akan pertimbangkan. Tetapi sebarang bentuk bantuan kerajaan harus berhemah, setara dan mengambil kira kesan jangka panjang terhadap faktor pihak berkepentingan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Yamani Hafez berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Salim Sharif (BN – Jempol) yang mahu mengetahui Menteri Kewangan menyatakan implikasi faedah terakru kepada para peminjam menerusi moratorium, dan kesediaan Kerajaan untuk meghapuskan faedah tersebut.
Menjawab soalan tambahan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH – Kuala Selangor) pula, Yamani Hafez berkata, pengecualian faedah terakru mempunyai beberapa implikasi tambahan, bukan sahaja kepada institusi perbankan namun juga kepada kewangan negara.
“Penilaian penarafan bank kita juga akan terjejas dan diturunkan, melihat keupayaan merka untuk jana keuntungan nanti lebih lemah.
“Ini menyebabkan kos pinjaman lebih mahal, dana tinggi ini akhirnya ditanggung peminjam di masa akan datang.
“Akibatnya juga banyak lagi, tettapi salah satu daripadanya pengecualian ini akan menyebabkan bank untuk hadapi kesukaran dalam bayar dividen kepada pelabur serta dana institusi simpanan awam seperti KWSP, KWAP, PNB, LTAT, dan Tabung Haji,” katanya. – MalaysiaGazette