Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Susulan permulaan pembukaan perjalanan domestik, AirAsia menawarkan tambang rendah dari RM12 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu dan Kota Bharu.

Penerbangan ini sedia ditempah di airasia Super App dengan menekan ikon ‘Flights’ dari sekarang hingga 17 Oktober 2021, untuk tempoh perjalanan dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Para penumpang yang mempunyai Akaun Kredit AirAsia boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan.

Pemegang kad BigPay dan Hong Leong Bank airasia boleh menempah lebih awal dari jam 10 pagi pada 10 Oktober 2021.

Para penumpang juga boleh menikmati penjimatan sehingga 60% dengan pakej penerbangan dan hotel oleh SNAP, termasuk penerbangan dua hala dan penginapan 3 hari 2 malam di hotel.

Jualan kilat SNAP juga akan berlangsung pada 13-15 Oktober 2021, yang menawarkan penerbangan beserta penginapan hotel di Pulau Pinang dengan hanya RM179 seorang. Klik pada ikon ‘SNAP’ di airasia Super App untuk tempahan.

Semua hotel yang tersenarai di SNAP dibenarkan beroperasi oleh kerajaan dan mematuhi SOP yang ketat.

Bagi mereka yang memilih untuk membuat tempahan hotel secara berasingan, nikmati diskaun tambahan 10% untuk semua hotel dengan kod promosi AAHOTEL10 pada ikon ‘Hotels’ di airasia Super App untuk tempahan dari sekarang hingga 17 Oktober 2021 dan tempoh perjalanan dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

AirAsia akan mengendalikan sebanyak 61 penerbangan harian ke 16 destinasi domestik dengan mengendalikan 21 kali mingguan operasi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru (10 kali mingguan), Kuala Terengganu (28 kali mingguan) dan Kota Bharu (35 kali mingguan).

Lebih banyak laluan dan kekerapan akan ditambah apabila permintaan perjalanan meningkat seiring dengan pembukaan semula lebih banyak destinasi percutian dalam masa terdekat dan tertakluk kepada persetujuan daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, para tetamu yang telah menebus e-baucar Cuti-Cuti Malaysia AirAsia oleh Kementerian Kesenian, Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) boleh menggunakannya untuk menikmati diskaun sebanyak RM50 bagi mana-mana penerbangan domestik AirAsia Malaysia untuk tempahan antara 4 Oktober 2021 dan 17 Oktober Oktober 2021 untuk tempoh perjalanan dari 4 Oktober 2021 hingga 30 November 2021.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, syarikat penerbangan tambang murah ini akan terus bekerjasama dengan semua pengawal selia yang relevan, badan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan untuk memastikan standard pematuhan tertinggi bagi setiap penerbangan yang dikendalikan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here