Foto: Kementerian Kecemasan Rusia

MOSCOW – Sebuah pesawat yang membawa penerjun udara terhempas di Menzelinsk, wilayah Tatarstan, Rusia semalam menyebabkan 16 orang terbunuh manakala enam lagi cedera.

Pesawat dua enjin Let, L-410, terhempas di kawasan lapang sebaik sahaja berlepas pada jam 9.20 waktu tempatan.

Juruterbang, pembantu juruterbang serta 14 penumpang maut dalam kejadian tersebut, lapor UPI.

Pesawat milik cawangan Menzelinsk daripada Pertubuhan Sukarelawan dan Kerjasama Tentera Darat, Penerbangan dan Tentera Laut itu dibina pada 1987

Presiden wilayah Tatarstan, Rustam Minnikhanov berkata, enjin kiri pesawat gagal berfungsi.

Tambah beliau, juruterbangnya melaporkan masalah itu ketika berada pada ketinggian 230 kaki (70 meter) dan membelok ke kiri bagi mengelakkan kawasan penempatan sebelum ia terhempas.

Pesawat tersebut terbelah dua dengan bahagian depan mengalami keroskan teruk, kata Minnikhanov.

Kejadian itu merupakan kemalangan maut ketiga membabitkan pesawat L-410 di Rusia pada tahun ini.

Rusia merekodkan 10 kemalangan maut pesawat penumpang kecil dan helokopter pada tahun ini. – Agensi