Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak diberi amaran oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan logo atau rujukan daripada jabatan itu dilaman sosial, risalah atau bahan bercetak serta penerbitan tanpa kebenaran.

LHDNM menerusi kenyataan hari ini berkata, sebagai sebuah agensi badan berkanun Persekutuan, tindakan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu dipandang serius kerana penyalahgunaannya di mana-mana platform boleh mengelirukan orang ramai.

“Secara amnya, penyalahgunaan logo atau rujukan kepada LHDNM merupakan satu kesalahan yang diperuntukkan di bawah Bahagian 1, Jadual 1, Akta Lambang dan Nama
(Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 [Akta 414],” katanya.

Sehubungan itu, LHDNM menegaskan, tiada sebarang penggunaan logo atau rujukan boleh dilakukan tanpa kebenaran dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa terhadap pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast