KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat kesal dengan tindakan penggunaan gambar seorang artis yang ditangkap kerana memiliki dadah menggunakan gambar ketika dia berpakaian juruterbang TUDM.

Markas Tentera Udara dalam kenyataannya berkata, perkara ini Isu ini telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta mencalarkan imej TUDM.

Tegasnya, artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

Malah, gambar dia berpakaian juruterbang tersebut adalah semasa beliau memegang watak sebagai juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk “Gempur Wira” yang disiarkan dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2018.

”Oleh itu, TUDM amat kesal dengan tindakan penggunaan gambar artis berkenaan yang berpakaian juruterbang TUDM dipaparkan di dalam artikel berkaitan dakwaan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh beliau yang memberikan kesan imej yang negatif,” katanya.

Oleh itu, pihak media, pengguna media sosial dan blogger diminta lebih peka dan berhati-hati melibatkan penggunaan gambar untuk sebarang artikel yang dikeluarkan agar ianya tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarat serta yang boleh mencalarkan imej TUDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia keseluruhannya.

Justeru, TUDM meminta agar mana-mana media, blogger dan pengguna media sosial untuk tidak mengaitkan artis tersebut dengan TUDM dan dimohon dapat dibuat pembetulan bagi mana-mana artikel yang telah dimuat naik. – MalaysiaGazette