The Member of Parliament (MP) of Labuan, Datuk Rozman Isli arrives at the Kuala Lumpur Court Complex. He is charged with power abuse. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazete / 14 OCTOBER 2021.
The Member of Parliament (MP) of Labuan, Datuk Rozman Isli arrives at the Kuala Lumpur Court Complex. He is charged with power abuse. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazete / 14 OCTOBER 2021. Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli hadir untuk didakwa atas pertuduhan salah guna kuasa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 14 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli mengaku tidak bersalah menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan untuk mendapatkan suapan kontrak kerajaan.

Sebaliknya Rozman mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rozina Ayob hari ini.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan Yang Arif,” katanya tenang.

Mengikut kertas pertuduhan, Rozman telah menggunakan beliau untuk mendapatkan kontrak pekerjaan sebagai operator Demaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management yang bapa serta adik tertuduh mempunyai kepentingan.

Ini merupakan kesalahan di bawah Sesyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Sesyen 24(1) Akta sama denga hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Rozina kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin tempatan yang tinggal di Semenanjung selain menyerahkan pasport antarabangsa sehingga kes selesai.

Jaminan itu juga tidak mendapat bantahan peguambela mewakili tertuduh.

Sebutan kes telah ditetapkan pada 19 November depan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahli Parlimen Labuan didakwa hari ini