Noh Omar

PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar yakin pencapaian awal petunjuk prestasi utama (KPI) di kementeriannya dalam tempoh 100 hari kini di landasan yang tepat.

Beliau bagaimana enggan mendedahkan jumlah peratusan yang sudah dicapai selepas lebih 40 hari menerajui MEDAC.

Namun beliau yakin KPI mampu dicapai berdasarkan prestasi semua agensi di bawah MEDAC yang menunjukkan pencapaian yang pantas.

“Setakat ini kalau ikut pasca mesyuarat Kabinet semalam, on track. Saya yakin sebelum 100 hari akan capai KPI sebab saya ada agihan di bawah 11 agensi. Jadi daripada semua agensi ini kita bahagikan.

“Setiap kali pasca mesyuarat Kabinet, pihak kementerian dan urusetia akan membentangkan untuk beritahu perkembangan setiap agensi.

“Jadi KPI kementerian, saya periksa setiap agensi yang diberi tanggunjawab untuk bantu usahawan dan koperasi di mereka menunjukkan pencapaian yang agak laju,” katanya.

ANGKASA
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar mengadakan lawatan rasmi ke  Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)  di Wisma Ungku A. Aziz, Petaling Jaya, Selangor. Foto FARHAN MAHAMAD, 14 OKTOBER 2021.

Beliau berkata demikian ketika ditanyai KPI terkininya di MEDAC pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) di sini hari ini.

Beliau juga merasmikan Program ANGKASA Virtual Run 2021 sempena Sambutan Jubli Emas penubuhan ANGKASA ke-50.

Turut hadir, Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Pada 27 Ogos lalu, barisan jemaah menteri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menetapkan KPI bagi setiap menteri supaya membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

Selain itu, Ismail Sabri turut memberi penekanan kepada budaya kerja berprestasi tinggi dengan setiap kementerian membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.