Masten Wanjala. foto DIRECTORATE OF CRIMINAL INVESTIGATIONS - KENYA

KENYA – Individu yang mengaku membunuh lebih 14 kanak-kanak di Kenya meloloskan diri dari sel polis di Nairobi semalam.

Polis menyedari kehilangan Masten Wanjala semasa sesi panggilan kehadiran pagi dan kini giat memburunya kerana menyifatkannya sebagai berbahaya.

Tiga anggota polis yang bertugas ketika dia melarikan diri dari balai polis Jogoo Road di kawasan Eastlands Nairobi juga telah ditahan menurut laporan agensi berita.

Wanjala sepatutnya hadir di mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh sekurang-kurangnya 14 budak lelaki di ibu negara dan wilayah Kenya timur dan barat.

Penahanannya yang didakwa terlibat dalam siri pembunuhan kanak-kanak yang mengejutkan negara berkenaan sebelum itu.

Wanjala ditangkap Julai lalu mengaku bersalah atas kesalahan berkaitan dadah dan membunuh budak lelaki serta dalam beberapa kes telah meminum darah mangsanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast