murder case debt loan Bidor oil palm estate Perak Police Chief, Datuk Mior Faridalathrash Wahid students die of Covid-19 vaccine SMK Tasek Damai
Mior Faridalathrash Wahid.

IPOH – Dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isteri anggota tentera punca seorang pesara pasukan keselamatan mati dibunuh sebelum mayatnya dibuang di kawasan semak di Bukit Sumpitan, Selama.

Mayat lelaki berusia 42 tahun itu ditemui semalam dengan sembilan kesan tikaman dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak saudara mangsa berhubung kejadian pak ciknya dilarikan secara paksa kira-kira jam 4 pagi pada Isnin lalu di Balai Polis Kuala Sepetang.

Jelas beliau, mangsa dilarikan oleh anggota tentera berusia 34 tahun yang juga suami kepada wanita didakwa mempunyai hubungan sulit dengan mangsa serta seorang lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sendiri.

Kata Mior Faridalathrash, mangsa dilarikan dua suspek berkenaan menggunakan kereta jenis Nissan Almera serta bersenjatakan besi kira-kira jam 3 petang di Taman Ngah Ibrahim, Taiping pada Ahad lepas.

“Bertindak atas maklumat tersebut, polis menahan seorang suspek pada jam 9 malam di Taiping pada hari Selasa manakala anggota tentera itu pula, diberkas jam 10 malam semalam di Perlis.

“Hasil maklumat kedua-dua suspek itu membawa kepada penemuan lokasi mangsa dibunuh sebelum mayatnya dibuang. Mayat mangsa ditemui dalam kawasan semak iaitu 60 meter dari jalan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati lima kesan tikaman pada bahagian belakang manakala empat lagi di bahagian depan badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mior Faridalathrash, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah cemburu anggota tentera yang menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan kedua-dua suspek direman sehingga 20 Oktober ini bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 302 akta yang sama,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast