Theo Hernandez. Foto REUTERS/Daniele Mascolo

LONDON – Bintang AC Milan, Theo Hernandez disahkan  positif Covid-19 selepas beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis, umum kelab itu dalam satu kenyataan.

Pemain pertahanan kiri itu membantu kemenangan Perancis dalam aksi UEFA Nations League Finals menentang Belgium dan Sepanyol.

“Hernandez disahkan positf Covid-19 menerusi ujian calitan yang dilakukan di rumah. Pihak berkuasa kesihatan yang berkaitan telah dimaklumkan dan pemain tersebut dalam keadaan yang baik,” menurut kenyataan tersebut memetik laporan Reuters.

Hernandez, 24, adalah pemain yang kedua daripada skuad Perancis yang diuji positif Covid-19, selepas Adrien Rabiot.

Rabiot terpaksa diketepikan dari aksi final selepas diuji positif Covid-19 pada Sabtu lalu. – Agensi