Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki Ebby Roy, Safineh Doto (dalam gambar) bagi membantu perbicaraan kes di mahkamah.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu perbicaraan kes di mahkamah.

Kedua-dua individu terbabit yang sedang dikesan adalah berasal dari Sabah.

Individu pertama yang sedang dicari adalah, Ebby Roy Raimon, 34, pemegang kad pengenalan bernombor 870916-49-5867.

Ebby Roy mempunyai dua alamat terakhir iaitu di Kampung Tinangol, WDT 44, Kudat, Sabah.

Sementara itu, turut dikesan SPRM ialah Safineh Doto, 50, pemegang kad pengenalan bernombor 710628-12-5033 dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Kelatuan Papar, Papar.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Nadzrul Syah Yusup di talian 011-53521669 / 03-88700382 atau emel kepada [email protected]