Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,509 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan sepanjang 24 jam lalu sehingga jam 12 tengah hari ini.

Angka itu juga ada menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes.

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow.

Pecahan kes mengikut negeri bagi semalam (Okt 15) di mana 7,420 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,163)

Sarawak (1,009)

Kelantan (838)

Johor (787)

Sabah (720)

Pulau Pinang (539)

Kedah (428)

Terengganu (426)

Pahang (356)

Perak (302)

Melaka (289)

Kuala Lumpur (265)

Negeri Sembilan (199)

Perlis (54)

Putrajaya (39)

Labuan (6)

Semalam menunjukkan sedikit peningkatan di Negeri Sembilan dan Putrajaya di mana jangkitan baharuĀ  yang tertinggi dalam seminggu tetapi masih lebih baik berbanding tahap tertinggi sebelumnya.

Selangor dan Sarawak kekal menjadi negeri yang merekodkan kes jangkitan tertinggi. -MalaysiaGazette