Seramai tiga orang mati dan lagi tujuh cedera ekoran gempa bumi yang sederhana kuat melanda Pulau Bali di Indonesia hari ini.-Gambar WahanaNews

DENPASAR – Seramai tiga orang mati dan lagi tujuh cedera ekoran gempa bumi yang sederhana kuat melanda Pulau Bali di Indonesia hari ini.

Gempa yang melanda awal pagi itu menyebabkan orang ramai melarikan diri dalam keadaan cemas.

Bencana alam itu berlaku dalam keadaan pulau itu sedang ia mula dibuka semula kepada para pelancong selepas pandemik Covid-19 semakin berkurangan.

Jabatan Kaji Bumi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan gempa sekuat 4.8 Richter itu berpusat 62 kilometer ke arah timur laut Singaraja, iaitu sebuah bandar pelabuhan di Bali.

Kedalaman cetek hanya 10 kilometer mungkin memburukkan lagi kesan kerosakan.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat pulau itu, Gede Darmada berkata agensi tersebut masih sedang mengumpulkan kemas kini tentang kerosakan dan para mangsa.

Gempa bumi itu juga menyebabkan tanah runtuh menyebabkan sekurang-kurangnya dua individu maut dan menghalang akses ke sekurang-kurangnya tiga kampung, kata Encik Darmada.

Ia juga memusnahkan rumah-rumah dan candi-candi di Karangasem, kawasan paling dekat dengan pusat gempa termasuk membunuh seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun yang terkena serpihan runtuhan, katanya seperti dilaporkan agensi berita.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast