Orang ramai kini diberi kelonggaran menunaikan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal selepas kerajaan Arab Saudi menarik balik larangan berkuatkuasa hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi. Foto HAZROL ZAINAL, 17 OKTOBER 2021.

MADINAH – Pengumuman hampir serentak yang dibuat kerajaan yang membenarkan rakyat menunai ibadat umrah dan ziarah ke Tanah Suci bermula 18 Oktober ini dan pengisytiharan Dua Penjaga Tanah Haram mengenai beberapa kelonggaran baharu berkaitan Covid-19 yang akan mula berkuatkuasa pada 17 Oktober 2021, memberi erti yang besar kepada umat Islam di Malaysia.

Selepas hampir dua tahun tidak berpeluang melaksana ibadat berkenaan, orang ramai begitu teruja untuk berkunjung ke Makkah dan Madinah.

Namun begitu, seperkara yang perlu diingatkan, ia menetapkan syarat semua jemaah mesti berusia 12 tahun ke atas dan telah lengkap divaksin hanya boleh memasuki negara itu.

Orang ramai kini diberi kelonggaran menunaikan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal selepas kerajaan Arab Saudi menarik balik larangan berkuatkuasa hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi. Foto HAZROL ZAINAL, 17 OKTOBER 2021.

Meskipun kedua-dua negara telah memberikan lampu hijau untuk keluar dan masuk, namun dalam pengumumannya, Riyadh dengan jelas memberi syarat, bahawa  peraturan baharu boleh berubah bergantung kepada situasi semasa wabak Covid-19 di negara itu.

Terma ini menjadi cabaran kepada mana-mana operator yang mengendalikan pakej umrah dan zirarah kerana terdapat ketidakpastian.

Ketika diajukan persoalan berkenaan, Emraz Travel and Tours, yang ketika ini membawa kumpulan pertama jemaah umrah dari Malaysia mempunyai pelan kecemasan sendiri sekiranya pengisytiharan itu ditarikbalik.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Syarikat EMRAZ, Zulpakar Pahmi Mohamad menjelaskan, keperluan pakej akan bergantung pada keadaan semasa prosedur operasi standard (SOP) Kerajaan Arab Saudi dan Malaysia serta penjadualan dan  penyusunan semula tarikh penerbangan jemaah yang mendaftar akan dibuat.

“Pengubahsuaian semula pakej bersesuaian dengn keadaan dan keperluan semasa selain mengumpul maklumat-maklumat keadaan semasa di dalam tempoh sekatan COVID-19 bagi perancangan perjalanan Jemaah pada masa akan datang,” katanya.

Oleh itu dia mengingatkan kepada jemaah supaya perlu mengikuti syarat dan peraturan yang dibuat kerajaan Arab Saudi.

Jemaah mula hadir bagi menunaikan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal selepas kerajaan Arab Saudi menarik balik larangan berkuatkuasa hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi. Foto HAZROL ZAINAL, 17 OKTOBER 2021.

Sama seperti sebelumnya, sebaik tiba, mereka yang diberi visa perlu mendaftar aplikasi Tawakalna dan Eatmarna bagi mendapat slot beribadat di kedua-dua masjid suci umat Islam.

“Sistem Tawakalna secara intergrasi antara Kementerian Kesihatan dan Saudi Data and Artificial Intelligence Authority (SDAIA) yang menyediakan maklumat dan bantuan kesihatan akibat daripada kesan wabak coovid 19 dan kebenaran pergerakan dan aktiviti

“Aplikasi ini juga akan menjadi rujukan dan panduan kepada Jemaah untuk memasuki lokasi ziarah dan ibadah,” ulas Zulpakar.

Memandangkan ketika ini, penggunaan slot untuk berziarah masih terhad, melalui kumpulan jemaah pertama yang dibawanya, Emraz Travel and Tours melakukan beberapa tambah nilai terhadap program yang ditawarkan termasuk melawat tempat-tempat berziarah lain.

Antaranya membawa ke kawasan pelancongan baharu seperti ke Madain Salleh, yang terletak 400 kilometer di utara Madinah.

Selepas pengisytiharan  pemansuhan  penguatkuasaan penjarakan sosial di semua tempat awam, pengangkutan awam, restoran dan tempat berkumpul serta kelonggaran penggunaan pelitup muka di tempat terbuka kecuali di tempat-tempat tertutup  ia memberi pengalaman baharu kepada jemaah Malaysia.

Ramai yang teruja untuk kembali dan kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memberi suntikan penggalak kepada mereka yang mengambil vaksin selain Pfizer dan Astra Zenica.

Namun satu perkara yang perlu diingatkan, peraturan ini boleh berubah bila-bila masa.

Paling penting niat kena ada.

Bersambung…