KUALA LUMPUR – Beberapa penunggang motosikal yang berkonvoi untuk ke Cameron Highlands terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan kecederaan parah.

Dalam rakaman video yang tular, kelihatan beberapa lelaki bergelimpangan di tepi lebuh raya dengan ada antara mereka terkorban.

Video itu dikongsi menerusi akaun Instagram, infonewsterkini tanpa menyatakan lokasi kejadian berlaku serta maklumat berkaitan mangsa-mangsa.

Berdasarkan komen-komen, netizen menzahirkan perasaan takziah terhadap mangsa-mangsa serta mengharapkan kesemua yang terlibat dipermudahkan urusan.

Difahamkan, konvoi terbabit dari Seberang Jaya, Pulau Pinang. – MalaysiaGazette