Datuk Razarudin Husain. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MAC 20201.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan pihak Polis Persekutuan Australia (AFP) bagi menyiasat berhubung kes seorang warga negara Malaysia yang ditahan kerana cuba menyeludup masuk dadah jenis heroin bernilai RM31.8 juta ke negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya berrtindak menyiasat kes itu susulan laporan yang disiarkan media.

Katanya, kes itu melibatkan penyeludupan dadah seberat 450 kilogram.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang bekerjsama dengan pihak Australian Federal Police (AFP) bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Segala tindakan perlu akan diambil untuk memastikan kegiatan pengedaran/penyeludupan dadah yang menjadi ancaman negara dapat dibanteras tanpa kompromi,” kataya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette