Mohamed Salah. Foto Sky Sports.

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan penyerangnya, Mohamed Salah adalah pemain terbaik dunia ketika ini seelpas selepas sekali lagi menampilkan aksi memukau berdepan Watford malam tadi.

Penyerang itu menampilkan aksi gelecek berkelas dunia bagi membantu kemenangan 5-0 pasukan itu apabila pemain itu menjaringkan satu gol pada minit ke-54 dan membantu untuk dua lagi gol.

Klopp yang melahirkan rasa kagum dengan larian solo Salah untuk gol keempat Liverpool mendakwa pemain Mesir itu berada pada prestasi terbaik mengatasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Selepas menerima bola hantaran Roberto Firmino berhampiran kotak penalti, dia menewaskan Juan Hernandez, Juraj Kucka dan Craig Cathcart sebelum meledak ke gawang.

“Persembahannya yang menakjubkan hari ini. Hantaran untuk gol pertama amat bijak dan gol kedua adalah luar biasa.