Dua perwakilan Pergerakan Puteri UMNO dilihat melintasi dinding yang dihiasi logo parti UMNO ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 07 DISEMBER 2017
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pemilihan calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lagi ditentukan oleh presiden parti sahaja.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya perkara itu akan diputuskan bersama dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ertinya kami bertiga bersetuju (calon yang akan dipilih) mestilah (individu yang) boleh menang, diterima dan disenangi pengundi,” katanya semasa menutup Pidato Piala Presiden UMNO hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, watikah pelantikan bagaimanapun tidak akan ditandatangani sekiranya calon terbabit tidak dipersetujui di peringkat BN. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast