Keadaan pesakit Covid-19 yang diasingkan ke satu bilik berlainan ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kes pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak berubah dengan 682 kes, sama seperti semalam.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 331 kes berbanding 357 semalam.

“Sebanyak 609 kes disahkan Covid-19, 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Kes memerlukan bantuan pernafasan 331 kes (280 kes disahkan Covid-19, 51 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” demikain menurut Noor Hisham.

Sama juga seperti semalam, kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 juga meningkat pada kadar 8,933 kes.

Awal hari ini, Noor Hisham berkata, sejumlah 5,745 kes positif Covid-19 direkodkan dengan 5,733 kes adalah kes penularan tempatan yang mana 5,432 kes melibatkan warganegara dan 301 kes bukan warganegara.

Daripada jumlah itu, 12 adalah kes import kes melibaktan 11 warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Tambah Noor Hisham, daripada 5,745 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 115 kes adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,630 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Dalam pada itu, sebanyak lapan kluster baharu dikesan KKM dengan tujuh daripada adalah Kluster Tempat Kerja dan satu Kluster Pendidikan Lain. – MalaysiaGazette