Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Petaling sekitar 1 pagi tadi. Gambar Ihsan IPD Brickfields.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan rentung dalam kebakaran di rumah dua tingkat di Brickfileds di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian pukulĀ  1 pagi itu berlaku di rumah diduduki mangsa di No 45, Jalan 6/149J Taman Sri Petaling, Brickfields.

Menurunya, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa 30 hingga 40 minit memadamkan kebakaran.

“Siasatan di tempat kejadian telah menjumpai mayat seorang lelaki telah rentung di dalam rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat seorang lelaki tempatan ditemui dalam keadaan rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Petaling sekitar 1 pagi tadi.

Selain itu katanya, semakan mendapati mangsa rentung telah menyewa rumah itu dengan kadar RM1,900 sebulan dan tinggal di rumah berkenaan lebih kurang lapan tahun.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai laporan kebakaran dan mati mengejut namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Justeru Anuar mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan tampil memberi keterangan.

Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polisĀ  berdekatan.

Mayat seorang lelaki tempatan ditemui dalam keadaan rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Petaling sekitar 1 pagi tadi. Gambar Ihsan IPD Brickfields

Dalam pada itu Jabatan Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berasingan berkata, pihaknya menemui mangsa meninggal dunia dalam keadaan rentung dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Bomba berjaya mengawal kebakaran pukul 2 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pukul 3.11 pagi.- MalaysiaGazette