Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah

KUALA LUMPUR – Dua pekerja pembersihan syarikat Alam Flora ditemui mati di dalam sebuah rumah di PPR Sri Semarak, Setapak Jaya pagi tadi.

Kedua-dua mayat itu ditemui selepas rakan mereka menghubungi polis memandangkan kedua-duanya tidak hadir bekerja dan panggilannya tidak dijawab.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis telah pergi ke lokasi tersebut dan bantuan bomba diperlukan untuk memecahkan pintu utama memandangkan rumah tersebut terkunci dari dalam.

“Setelah berjaya masuk, polis menemui dua mayat di dalam rumah tersebut, yang mana mayat seorang lelaki berumur 50 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu manakala mayat seorang wanita tempatan berumur 51 tahun dijumpai di dalam bilik utama terbaring di atas katil.

“Siasatan di tempat kejadian telah dibuat dan hasil pemeriksaan tubuh badan kedua-dua mayat serta tempat kejadian tiada ditemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, kedua-duanya mempunyai masalah kesihatan iaitu kencing manis serta darah tinggi dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Jiran-jiran memberitahu, kali terakhir melihat pasangan itu pada hari Isnin lalu.

Mayat kedua-duanya dihantar ke Jabatan Forensik HKL untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette