TOKYO – Gunung berapi Aso di Jepun meletus hari ini dan orang ramai diminta menjauhi kawasan tersebut bagi menghindari ancaman aliran lava dan batu yang jatuh.
Namun demikian, tiada laporan mengenai korban atau kerosakan setakat ini.
Gunung Aso merupakan sebuah destinasi pelancongan di pulau utama Kyushu Selatan.
Letusan yang berlaku pukul 11. 43 pagi waktu tempatan itu telah memuntahkan abu dengan ketinggian 3.5 kilometer, lapor Agensi Meteorologi Jepun.
Agensi itu mengeluarkan amaran skala tiga daripada keseluruhan lima skala dan menasihatkan orang ramai tidak mendekati kawasan terbabit.
Abu yang jatuh dari gunung setinggi 1,592 meter di wilayah Kumamoto itu dijangka akan menghujani bandar-bandar berdekatan hingga lewat petang waktu tempatan.
Gunung Aso mengalami letusan kecil pada tahun 2019 sementara bencana gunung berapi terburuk di Jepun berlaku hampir 90 tahun lalu melibatkan Gunung Ontake yang pada September 2014 sehingga mengakibatkan kematian 63 mangsa.- Agensi