rape jokes sexual assault offences Rina Harun Fizz Fairuz Raja Farah Raja Aziz Fauzi Nawawi Anak Halal
Rina Mohd Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

KUALA LUMPUR – Jenayah rogol atau perbuatan berunsur seksual tidak sewajarnya dijadikan bahan jenaka apatah lagi disiarkan dalam program rangkaian televisyen tempatan di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menegaskan, sebaliknya semua pihak perlu menghormati dan menjaga maruah wanita dalam semua keadaan.

“Betul. Jangan pernah jenakakan rogol mahu pun perbuatan-perbuatan yang berunsur seksual yang lain. Hormati wanita kerana wanita juga punya maruah dan kehormatan yang perlu disanjung oleh semua,” katanya ketika dalam ciapan terbaharu di Twitter hari ini.

Terdahulu, pelakon wanita, Sharifah Amani dalam ciapan di akaun Twitternya juga mempersoalkan tindakan sebuah stesen televisyen yang menyiarkan program yang didakwa menjadikan jenayah rogol sebagai bahan jenaka.

Sharifah Amani.

“Menjijikkan, tidak sopan, mengecewakan. Ini akibatnya bila tak hormat kerjaya, rakan sekerja dan sesama manusia. Saya tidak faham bagaimana ini dibenarkan, dari penggambaran hingga penayangan rancangan ini.

“Tidak ada yang melihat betapa teruknya (program ini). Bagaimana ia dibenarkan disiarkan di televisyen arus perdana,” tuisnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya rasa malu, macam dibuka aib – Raja Farah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast