Neelofa

PETALING JAYA – “Semua orang yang jumpa saya di luar boleh nilai saya.”

Itu jawapan selamat Neelofa ditanya tentang kesahihan ura-ura tentang kehamilannya.

Sehingga hari ini,  Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor nampaknya masih berteka-teki tentang mengenai kehamilannya.

“Macam saya,  baru balik dari Langkawi dan viral saya jumpa ramai peminat di sana yang jumpa saya di luar boleh lihat sendiri saya.

“Yang nampak saya berbeza, berbezalah itu, yang nampak sama, samalah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) di antara TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS)  dengan TheNoor Apps di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor Apps, Noor Neelofa Mohd Noor (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali
(kiri) pada Majlis Menandatangani MoU di antara TH Travel dan Services Sdn Bhd Dan TheNoor Apps TH Hotel Kelana Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 OKTOBER 2021.

Meskipun dipancing dengan khabar gembira yang mahu dikongsikannya sebelum ini namun pengacara dan usahawan itu tetap kekal dengan responnya yang sama – tidak menafikan dan tidak mengiyakannya.

Malah Neelofa, 32, tidak merancang untuk membuat sebarang pengumuman rasmi sekiranya perkara tersebut benar.

Selebriti itu berpendirian kehamilan perkara yang tidak perlu digembar-gemburkan seperti selepas berlaku kelahiran.

“Apa yang saya cakap saya perlukan doa. Hendak cakap lebih pun takut. Perkara ini sangat sensitif. Kalau saya boleh berkongsi,  kita digalakkan berkongsi kelahiran daripada kehamilan sebab apa- apa pun boleh jadi dalam proses itu.

“Kalau ada orang nampak jumpa saya, tengok saya, tengok doakan,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi TheNoor Apps, Mohd Izzairi Yamin  kerjasama yang dijalinkan hari ini bagi memudahkan umat Islam untuk menguruskan aktiviti harian ketika melancong termasuklah memudahkan urusan ibadah haji dan umrah.

“Dalam aplikasi TheNoor ada tempahan syariah, kita tahu pelancongan buka untuk Tabung Haji sedia contoh nak cari hotel nak cari kawasan sesuai penganut Islam, makanan halal dan ini antara ciri-ciri dalam aplikasi kita.

“Jadi nak buat tempahan perjalanan TH Travel boleh guna dari aplikasi ini,” katanya sambil menambah, ciri terbaharu aplikasi itu akan bermula selewat-lewatnya Januari 2020.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast