Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri akan terus menjadi pemudahcara berhubung pelaksanaan pengundi berusia 18 tahun.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersedia membantu Suruhanjaya Piluhan Raya (SPR) dalam melaksanakan proses berkenaan.

“JPN akan membantu dengan berkongsi sistem kepada pihak SPR untuk mendapatkan maklumat individu yang layak mengundi.

“Tidak hanya itu, perkara itu juga adalah untuk proses pendaftaran dan semakan daftar pengundi,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2021, 73 Tahun : Transformasi Digital secara atas talian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA).

Pada awal Oktober lalu, SPR meminta 5.8 juta bakal pemilih berusia 18 tahun dan ke atas daripada JPN bagi menyemak dan mengesahkan pengundi secara automatik.

Pemilih berusia 18 tahun akan direalisasikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 menjelang 2023 berpandukan Perkara 55(3) Perlembagaan.- MalaysiaGazette