MELAKA – Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihanyutkan arus deras ketika memasang tali di kawasan banjir bagi menyelamatkan penduduk Kampung Sungai Putat, Batu Berendam.

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membantu mangsa daripada  dihanyutkan air deras dalam kejadian jam 5.30 petang.

Mangsa yang berjaya diselamatkan diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke hospital menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). – MalaysiaGazette