Rakaman yang dimuatnaik merupakan video kejadian banjir kilat yang berlaku sebelum ini. Foto Facebook MBSA

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan kawasan Seksyen 13 di Shah Alam mengalami banjir kilat seperti yang tular semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan, pihaknya telah melakukan pemantauan di kawasan terbabit dan mendapati tidak berlaku kejadian banjir kilat seperti didakwa.

“Hantaran video yang dimuatnaik merupakan video kejadian banjir kilat yang berlaku sebelum ini.

“MBSA memohon semua pihak supaya tidak menularkan video atau menyebarkan maklumat yang kurang tepat dan sahih kerana ini boleh menimbulkan kegusaran dan kekeliruan di kalangan masyarakat,” katanya.

MBSA turut memaklumkan, pihaknya melalui Unit Pantas sentiasa memantau lokasi berisiko banjir sebagai langkah berjaga-jaga. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast