Sawarak state election government assembly Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari Tun Openg

KUCHING – Tidak ada sebarang mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri berlangsung sama ada hari ini mahupun esok, menurut Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai merujuk kepada beberapa laporan media semalam yang mengatakan Abang Johari akan membuat pengumuman berhubung perkara berkenaan hari ini.

“Pejabat Ketua Menteri Sarawak ingin menjelaskan bahawa tidak ada mesyuarat sedemikian, sama ada hari ini mahupun esok sebagaimana yang dilaporkan,” menurut kenyataan itu.

Semalam beberapa media melaporkan ada sumber mendakwa bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan hari ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.

Pada 31 Julai lepas Yang di-Pertuan Agong memperkenan proklamasi darurat diteruskan di Sarawak sehingga sehingga 2 Feb depan susulan ancaman pandemik COVID-19, sekali gus menangguhkan pilihan raya negeri bagi tempoh berkenaan.

— BERNAMA