Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan tiada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang.

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD dalam tempoh 14 hari itu akan bermula esok sehingga 4 November depan.

“Pelaksanaan PKPD itu diputuskan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

“Prosedur Operasi Standard PKPD ini adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan harian MKN hari ini.

Selain itu, katanya, tiada penamatan atau pelanjutan PKPD hari ini. – MalaysiaGazette