Saturday, April 20, 2024
Home Seni Hidup Sajjad tayang rumah baharu di Australia

Sajjad tayang rumah baharu di Australia

Foto Instagram Sajjad.
KUALA LUMPUR – Usahawabn kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendedahkan aktivitinya terbaharu yang kini didakwa berada di Australia.
Sajjad yang difahamkan berada di sebuah hotel di sana kerana sedang kuarantin, menayangkan sebuah rumah baharu di negara itu yang bakal didiami tidak lama lagi.
My new home. Tak sabar nak balik rumah baharu,” tulisnya
Sajjad mempamerkan rumahnya dari sudut luar menerusi InstaStory yang dimuat naik malam tadi.
Rumah banglo setingkat itu dilihat mempunyai ruang yang besar di belakang rumah.
“Pandangan rumah baharu dari sudut belakang. Boleh lah buat barbeque disini. Syoknya Australia,” katanya lagi.
Sebelum ini, Sajjad, 36, menerusi Instragram mendakwa dia sudah berada di Australia.
Dia juga memaklumkan sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan secara rasmi berhijrah ke negara itu dengan bantuan kerajaan Australia, ketika sesi siaran langsung menerusi laman sosial itu.
Semalam, Bukit Aman memaklumkan akan berhubung dengan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan usahawan kosmetik dalam buruan itukini sudah menetap di sana.
Mereka sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa negara berkenaan berhubung perkara itu.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap  Sajjad kerana gagal hadir pada sebutan semula kesnya tanpa sebab pada 23 Februari lalu.
Sajjad juga dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya. – MalaysiaGazette