Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesahkan pelantikan KPISoft Malaysia Sdn Bhd sebagai pembangun aplikasi MySejahtera tidak mengikut prosedur ditetapkan kerajaan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenalpasti kelemahan mengenai masalah yang dihadapi aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun ujar menterinya, Khairy Jamaluddin tiada data pemilik pengguna aplikasi itu yang diceroboh oleh mana-mana pihak.

“Tidak berlaku pencerobohan kepada pangkalan maklumat MySejahtera, apa yang berlaku adalah hanya penyalahgunaan API (Application Programming Interface) tapi pencerobohan pangkalan maklumat MySejahtera  tidak berlaku.

“Ini disahkan melalui ujian dan semakan yang dibuat oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA),” katanya dalam satu sidang media hari ini.

KKM semalam memberikan jaminan segala maklumat penggunan aplikasi MySejahtera adalah selamat dan tidak dogodam.

KKM dan pasukan yang mengendalikaan aplikasi terbabit kelmarin berkata, pihaknya menerima banyak aduan melalui talian bantuan MySejahtera dan media sosial KKM mengenai berlakunya permintaan kata laluan sekali (OTP) bagi mengesahkan nombor telefon mereka untuk pendaftaran QR daftar masuk ke sesebuah premis.

Khairy berkata, KKM telah mengenalpasti ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memanipulasikan aplikasi itu.

“Kita telah mengenalpasti kelemahan yang menyebabkan ia dapat dimanipulasi dan ianya dapat digunakan untuk menghantar mesej kepada beberapa pengguna MySejahtera dan juga e mel-e mel kepada ramai pengguna.

“Masalah tersebut telah pun dikenalpasti dan diatasi semalam dan kita akan pastikan dengan kerjasama daripada NACSA keselamatan dalam MySejahtera itu dapat ditingkatkan lagi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast