Alec Baldwin disoal siasat dan kemudiannya dibebaskan.- Foto Reuters

MEXICO – Seorang sinematografer terbunuh dan seorang pengarah tercedera apabila pelakon, Alec Baldwin melepaskan tembakan di set filem di New Mexico, kata pihak berkuasa.

Baldwin menembak Halyna Hutchins, pengarah fotografi filem ‘Rust’, dan Joel Souza, pengarah filem itu di Bonanza Creek Ranch, sebuah lokasi produksi di selatan Santa Fe.

Hutchins dibawa menaiki helikopter ke Hospital University of New Mexico dan disahkan meninggal dunia.

Manakala Souza dibawa dengan ambulans ke pusat Perubatan Wilayah Christus St. Vincent bagi merawat kecederaan yang dialami.

Pejabat sheriff berkata, tiada tuduhan setakat ini dan mereka sedang menyiasat perkara tersebut.

Laman berita hiburan, Deadline, memetik sumber di pejabat sheriff menyatakan Baldwin disoal siasat oleh penyiasat dan kemudian dibebaskan. – Reuters