Pelajar yang mendapat vaksinasi yang diiktiraf di Australia tidak perlu dikuarantin semasa tiba di ACT. -Foto Agensi

CANBERRA – Pelajar antarabangsa yang telah lengkap Covid-19 boleh kembali ke universiti Canbera pada awal tahun hadapan.

Pelajar yang mendapat vaksinasi yang diiktiraf di Australia tidak perlu dikuarantin semasa tiba di Canberra sebelum memulakan pengajian.

Ketua Menteri Andrew Barr berkata: “Institusi pendidikan tinggi memberikan sumbangan sosial dan ekonomi yang besar kepada Canberra. Kepulangan pelajar antarabangsa akan menjadi berita yang sangat dialu-alukan untuk bandar kita, ”

Naib Canselor University of Canberra, Profesor Paddy Nixon berkata, kepulangan pelajar antarabangsa akan memberi manfaat besar kepada Canberra.

Profesor Harvi Sidhu berkata, adalah penting bagi pelajar antarabangsa untuk kembali supaya kerja penyelidikan dapat diteruskan termasuk dalam bidang penyelidikan pertahanan dan pengembangan kemampuan, lapor The Canberra Times – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast