Health Minister Khairy Jamaluddin Abu Bakar uploaded a picture of him with the Minister of Science, Technology and Innovation (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba while they are having the final Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) meeting today. PIX: Khairy Jamaluddin’s Twitter
Health Minister Khairy Jamaluddin Abu Bakar uploaded a picture of him with the Minister of Science, Technology and Innovation (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba while they are having the final Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) meeting today. PIX: Khairy Jamaluddin’s Twitter. Khairy memuat naik gambar beliau bersama Adham ketika mengadaan mesyuarat terakhir CITF hari ini. Foto: Twitter Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengadakan mesyuarat terakhirnya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin susulan tahap vaksinasi bagi populasi dewasa yang telah mencapai tahap 95 peratus.

“Dengan hampir 95 peratus orang dewasa mendapat vaksin sepenuhnya, CITF mengadakan mesyuarat terakhirnya hari ini.

“Terima kasih kepada semua di CITF kerana berjaya menjayakan PICK (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” ciap beliau di Twitter.

Khairy turut memuat naik gambar beliau bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Adham Baba ketika sedang bermesyuarat.

Sebelum ini Adham dilapor berkata, pasukan CITF hanya akan beroperasi hingga 31 Oktober ini.

Katanya, bermula 1 November depan, usaha imunisasi Covid-19 akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan perkembangan semasa PICK yang berada pada tahap baik.

CITF ditubuhkan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Februari lalu sebagai pemantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. – MalaysiaGazette