Jacinda Ardern. Foto: Facebook
WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern kekal tenang ketika gempa bumi menggegarkan Pulau Utara pada pagi ini.
Ardern sedang mendengar soalan yang dikemukakan seorang wartawan pada sidang media apabila bangunan Parlimen mula bergegar, lapor 9News.
Beliau memegang podium dan menoleh ke tepi sebelum meleparkan senyuman.
“Maaf, sedikit gangguan. Boleh anda ulangi soalan,” katanya.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter menggegarkan bandar Taumarunai yang terletak di Pulau Utara pada jam 8.58 pagi waktu tempatan. – Agensi