Rodzi Md. Saad

KUALA LUMPUR – Sehingga tengah hari ini, hanya dua lokaliti direkodkan tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad.

Kata beliau, lokaliti yang ditamatkan PKPD itu ialah Pos Sinderut dalam Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang dan Perkampungan Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom, juga di Lipis.

“Dalam pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), tidak ada lokaliti dikenal pasti bagi pelaksanaan PKPD atau dilanjutkan tempoh ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengenai penamatan dua lokaliti di Perkampungan Orang Asli itu, beliau berkata, pelaksanaan PKPD sejak 12 dan 26 September itu tamat mengikut jadual ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu esok, 23 Oktober ini. – MalaysiaGazette