ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 15 orang yang dikaitkan dengan perkhidmatan perisikan Israel ditangkap di Turki, kata sumber.

Mereka ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan yang dilancarkan pejabat pendakwa raya awam Istanbul, menurut sumber perundangan Turki.

Suspek-suspek itu menyalurkan maklumat dan menyerahkan dokumen kepada agensi perisikan Israel, kata sumber yang tidak mahu dikenali.

Rangkaian tersebut bergantung kepada warga Palestin dan Syria yang tinggal di Turki dan pembayaran dilakukan menerusi pemindahan dalam talian dan kurier, tambah sumber itu.

Suspek dihadapkan di mahkamah dan kemudian dipindahkan ke Penjara Maltepe di Istanbul. – Agensi