Gambar yang dimuatnaik oleh KKM menunjukkan Muhyddin menerima suntikan dos penggalak di Pusat Vaksinasi Axiata Arena (PPV) Bukit Jalil, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima suntikan dos penggalak.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Twitter.

Menurut KKM, isteri Ahli Parlimen Muar itu turut menerima suntikan sama di Pusat Vaksinasi Axiata Arena (PPV) Bukit Jalil.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan pemberian dos penggalak itu menggunakan kaedah vaksin campuran.

Katanya, kaedah vaksin mix and match atau heterologus telah disahkan selamat dan berkesan.

Dos penggalak merupakan dos tambahan yang perlu diberikan kepada seseorang yang belum mendapat perlindungan mencukupi selepas vaksinasi lengkap namun perlindungan tersebut menurun dari semasa ke semasa.

Pada 24 Februari lalu, Muhyiddin menjadi individu pertama di negara ini yang menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech.

Penerimaan suntikan pertama bagi Malaysia itu disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media termasuk di media sosial, bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar dan menyeluruh Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula secara rasmi pada hari tersebut. – MalaysiaGazette