Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua kanan) beramah mesra bersama orang ramai semasa bersarapan bersama penduduk setempat di Abahshan Station, Pengakalan Balak, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 OKTOBER 2021.

MASJID TANAH – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak meluangkan masa lebih setengah jam bersarapan bersama penduduk setempat di Abah Shah Station di sini pagi ini.

Najib tiba sekitar pukul 8.40 pagi diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Puluhan penyokong turut menyambut mesra ketibaan Ahli Parlimen Pekan itu yang santai dan berswafoto sambil menikmati menu istimewa, roti sarang burung di gerai berkenaan.

Selepas sarapan pagi, beliau dijangka akan mengunjungi tiga buah rumah di Kampung Londang bagi program Ziarah Kasih.

Semalam, Najib turut mengadakan pertemuan bersama jentera UMNO Masjid Tanah dan beliau dilaporkan akan membantu kempen parti habis-habisan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.