Kasut merah putih yang pernah digunakan oleh Michael Jordan pada tahun 1984. foto SOTHEBY'S

LAS VEGAS – Sepasang kasut yang pernah dipakai oleh lagenda bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Michael Jordan dilelong pada harga AS$1.47 juta.

Jordan menggunakan kasut berwarna merah putih Nike Air Ships itu semasa musim pertama dengan Chicago Bulls pada tahun 1984.

Tahun itu merupakan tahun beliau dan Nike mula bekerjasama bagi memperkenalkan jenama pakaian dan kasut.

Harga lelong itu adalah harga tertinggi yang pernah dibayar untuk sepasang kasut yang pernah digunakan dalam mana-mana acara sukan.

Jordan adalah pemain terbaik dalam sejarah bola keranjang yang menghasilkan sebahagian besar kariernya bersama Chicago Bulls – diangkat menjadi ikon global dan membantu profail NBA di seluruh dunia.

Beliau yang bersara pada tahun 2003, juga merupakan jutawan pertama dalam sejarah pemain NBA.

Kasut itu dibeli oleh Nick Fiorella, pengumpul yang terkenal.

Sebelum lelongan, kasut itu dianggarkan dijual antara AS$1 juta dan AS$1.5 juta. – BBC