MACC Malaysian Anti-Corruption Commission 1MDB funds recovery assets
Seorang wanita akan direman sprm esok kerana disyaki menerima habuan bulanan.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warganegara asingĀ  direman selama lima hari bermula hari ini kerana disyaki memberi rasuah RM5,000 kepada seorang pegawai sebuah agensi penguat kuasa.

Kedua-dua individu itu disyaki memberi rasuah sebagai balasan untuk membebaskan tujuh rakan mereka yang ditahan.

Kedua-dua suspek telah dihadapkan SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini dan permohonan reman tersebut dibenarkan oleh Majistret Mohamad Farid Abdul Latif.

Reman tersebut bermula pada hari ini sehingga 29 Oktober ini untuk membantu melengkapkan siasatan oleh SPRM.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu masing-masing bekerja sebagai buruh kasar dan pekerja kedai perabot telah ditahan SPRM semalam di sebuah restoran di kawasan Pudu Ulu di sini kira-kira pukul 6.30 petang.

Difahamkan, rakan-rakan mereka tersebut telah ditahan oleh agensi penguat kuasa tersebut kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi telah mengesahkan penahanan tersebut.

Ujar beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.-MalaysiaGazette